Penduduk di penjara jika gagal ambil vaksin

Kargo yang mengandungi vaksin Sinovac Covid-19 tiba di Manila, baru-baru ini. Foto Xinhua
Kargo yang mengandungi vaksin Sinovac Covid-19 tiba di Manila, baru-baru ini. Foto Xinhua
A
A
A

HANOI - Presiden Filipina Rodrigo Duterte pada Isnin memberi amaran akan memenjarakan mereka yang enggan mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 ketika negara itu sedang berjuang memerangi virus maut itu.

"Jika anda individu yang tidak divaksin dan berpotensi menjadi pembawa, untuk melindungi orang lain, saya harus mengasingkan anda di penjara," katanya lapor VNA.

Beliau berkata demikian selepas dimaklumkan mengenai jumlah yang pergi ke kemudahan vaksinasi di Manila adalah rendah.

Pada 20 Jun, Filipina telah memvaksin 2.1 juta penduduk, jauh daripada sasaran untuk menyuntik 70 juta orang daripada 110 juta rakyat, tahun ini.

Untuk menggalakkan rakyat mendapatkan vaksin Covid-19, kerajaan telah memperkenalkan beberapa inisiatif, termasuk memberikan 25 kilogram (kg) beras kepada setiap orang yang sudah mendapatkan suntikan.

Seramai 20 pemenang mingguan yang sudah menerima suntikan di Sucat di pinggir ibu kota Manila masing-masing membawa pulang sekampit beras seberat 25kg.

Pegawai tempatan Jeramel Mendoza berkata, inisiatif itu menyasarkan penduduk miskin terutama yang enggan divaksin.

Pegawai desa Sucat menyatakan sejak inisiatif itu dimulakan pada akhir Mei, mereka telah menyuntik sehingga 2,000 dos sehari berbanding 400 dos sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Filipina telah memesan 113 juta dos vaksin COVID-19 daripada lima pengeluar. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!