Fasha, Aidil hadir kursus kahwin
MENJELANG majlis pernikahan Fasha Sandha dan Aidil Aziz yang dijangka berlangsung pada penghujung Mac depan, peminat kedua-dua pelakon ini mula meluahkan rasa teruja selain mendoakan yang terbaik buat pasangan ini.
Apatah lagi Fasha dalam posting terbaharu di laman Instagramnya hari ini berkongsi sekeping gambarnya bersama Aidil ketika menghadiri kursus perkahwinan.
Biarpun sudah mendapat sijil kursus perkahwinan sebelum ini, Fasha hadir sekali untuk menemani Aidil yang baru pertama kali mengikuti kursus tersebut.
“Siapa yang pernah pergi kursus dua kali? Sepatutnya tak payah kan. Takpelah. Takut lupa macam mana nak jadi isteri balik. belajar sekali lagi. Ya Allah Permudahkanlah Amin,” tulis Fasha sebagai kapsyen.
Rata-rata peminat kedua pasangan ini mendoakan yang terbaik buat mereka agar segala perancangan untuk majlis perkahwinan berjalan lancar.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!