Polis rampas 720kg daun ketum

Polis merampas 80 plastik hitam mengandungi daun ketum seberat 720kg selepas menahan seorang lelaki di sebuah rumah kosong di Kampung Apa-Apa, Rantau Panjang pada Selasa.
Polis merampas 80 plastik hitam mengandungi daun ketum seberat 720kg selepas menahan seorang lelaki di sebuah rumah kosong di Kampung Apa-Apa, Rantau Panjang pada Selasa.
A
A
A

PASIR MAS - Polis merampas 80 plastik hitam mengandungi daun ketum seberat 720 kilogram (kg) selepas menahan seorang lelaki di sebuah rumah kosong di Kampung Apa-Apa di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, rampasan ketum berjumlah RM28,000 itu dilakukan pada jam 12 tengah hari hasil pemantauan yang dilakukan oleh sepasukan anggota dari Balai Polis Meranti.

Menurutnya, semasa melakukan pemantauan di lokasi pihaknya telah melihat suspek yang berusia 41 tahun keluar dari sebuah rumah kosong dan bertindak melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis.

"Anggota polis terpaksa bergelut dengan suspek selepas lelaki itu bertindak agresif semasa cuba melarikan diri namun berjaya diberkas semula.

"Pemeriksaan di dalam rumah kosong tersebut telah menjumpai 40 bungkusan plastik hitam mengandungi daun ketum," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa..

Mengulas lanjut, Mohd Nasaruddin berkata, polis turut menemui sebuah van yang berada di luar kawasan rumah berkenaan dan pemeriksaan lanjut telah menjumpai 40 lagi plastik hitam mengandungi daun hijau disyaki daun ketum.

"Hasil semakan mendapati suspek mempunyai enam rekod jenayah lampau berkait dadah dan satu dibawah Akta Racun.

"Nilai rampasan daun ketum termasuk van dianggarkan berjumlah RM33,000," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!