Sinar Harian menang Anugerah Wartawan Hijau Pulau Pinang

12
12
A
A
A

SEBERANG JAYA - Wartawan Sinar Harian Pulau Pinang, Syajaratulhuda Mohamad Rosli dinobatkan pemenang kategori Anugerah Istimewa Penulisan Rencana Bahasa Melayu dalam Majlis Anugerah Pinang Hijau 2018, malam ini.

Syajaratulhuda membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 bersama sijil penghargaan yang disampaikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow di sebuah hotel di sini, malam ini.

Beliau memenangi kategori itu menerusi artikel Pulau Pinang Ke Arah Negeri Paling Hijau yang disiarkan pada 28 Jun lalu.

Majlis Anugerah Pinang Hijau anjuran Kerajaan Pulau Pinang di bawah Penang Green Council sudah memasuki tahun kelima pada tahun ini untuk meraikan pihak yang menghargai kepentingan alam sekitar.

Ia juga sebagai menggalakkan masyarakat menyayangi kelestarian hijau.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!