Kontrak niaga hadapan emas tidak catat sebarang urus niaga
KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives tidak mencatatkan sebarang urus niaga semasa awal dagangan pada Rabu.
Pada 9.38 pagi, Jun 2021 disandarkan pada RM225.00 segram dan Julai 2021 pada RM230.00 segram.
Sementara Ogos 2021 dan September 2021 masing-masing pada RM255.00 segram.
Jumlah dagangan adalah sifar manakala kepentingan terbuka sebanyak lapan kontrak.
Pada 9.30 pagi, harga emas fizikal meningkat 18 sen kepada RM230.06 segram daripada RM229.88 segram ketika penutupan pada Selasa. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!