Israel bimbang jangkitan Covid-19 meningkat

Naftali Bennett - Foto AFP
Naftali Bennett - Foto AFP
A
A
A

TEL AVIV - Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett pada Selasa memberi amaran bahawa jangkitan Covid-19 yang disebabkan oleh varian baharu Delta meningkat di negara tersebut.

Menurutnya, peningkatan tersebut dipercayai dibawa oleh para pengembara yang baru pulang dari Cyprus.

Satu jangkitan pandemik itu di bandar Binyamina, utara Tel Aviv menyaksikan lebih 1,000 orang dikuarantin yang dipercayai disebabkan oleh para pengembara yang pulang dari Cyprus.

Menurut AFP, Israel merekodkan 125 kes Covid-19 pada Isnin iaitu yang paling tinggi sejak April lalu.

Negara haram tersebut telah mencatatkan lebih separuh daripada penduduknya yang telah menerima vaksinasi penuh.

Ketika pandemik tersebut memuncak di Israel pada Januari lalu, negara tersebut merekodkan kira-kira 10,000 kes sehari.

Israel melancarkan kempen vaksinasi selepas menerima berjuta-juta dos dari syarikat ubat-ubatan Pfizer-BioNTech.

Lebih 55 peratus penduduk di negara haram tersebut iaitu 5.2 juta orang telah menerima dua dos suntikan vaksin. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!