PTV baharu dibina di Kemaman

Muhammad Suffi (kiri) menunjukkan kawasan projek menaiktaraf jeti operasi dan pembinaan jeti PTV Zon Maritim Kemaman.
Muhammad Suffi (kiri) menunjukkan kawasan projek menaiktaraf jeti operasi dan pembinaan jeti PTV Zon Maritim Kemaman.
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Sebuah jeti Pusat Tahanan Vesel (PTV) Zon Maritim Kemaman baharu yang lebih besar dan luas akan dibina bagi menempatkan bot nelayan asing yang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, selain itu, jeti operasi Maritim Kemaman juga akan dinaiktaraf dengan kedua-dua projek tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM1.54 juta.

Menurutnya, jeti PTV sepanjang 80 meter itu dijangka dapat memuatkan 40 buah bot tahanan dan projek yang akan bermula pada bulan Julai dijangka siap sepenuhnya pada hujung hujung tahun depan.

“Jeti lama ini sebelum ini milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan berlaku banyak kerosakan. Projek naiktaraf dan bina baharu jeti ini diharap dapat memberi lebih keselesaan,” katanya kepada pemberita pada Rabu.

Muhammad Suffi berkata, berikutan pandemik Covid-19 yang melanda dunia sekarang pihaknya juga akan membina sebuah pusat tahanan sementara di kawasan parkir pejabat Maritim Terengganu.

Katanya, projek pembinaan pusat tahanan sementara yang melibatkan kos kira-kira RM100,000 itu sedang berjalan dan dijangka siap pada hujung bulan depan.

“Semua nelayan asing yang ditahan akan dibuat ujian saringan Covid-19 bagi mengelak berlaku jangkitan dan semua mereka dikuarantin di dalam bot sehingga keputusan ujian keluar. Ini agak sukar kerana mereka terpaksa digari supaya tidak melarikan diri.

“Apabila pusat tahanan sementara ini siap kelak, mereka akan ditempatkan di sini selepas menjalani ujian saringan Covid-19 dan pusat ini boleh memuatkan antara 20 hingga 40 tahanan dalam satu masa,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!