Segera beri bantuan tunai kepada rakyat terkesan Covid-19

Terdapat keperluan mendesak bagi pemberian bantuan tunai kepada isi rumah yang terkesan akibat pandemik Covie-19.
Terdapat keperluan mendesak bagi pemberian bantuan tunai kepada isi rumah yang terkesan akibat pandemik Covie-19.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Terdapat keperluan mendesak bagi pemberian bantuan tunai kepada isi rumah yang terkesan akibat pandemik Covie-19.

Penolong Profesor Ekonomi Asia School of Business (ASB), Dr Melati Nungsari berkata, pemberian tunai kepada isi rumah yang terlibat ini perlu disegerakan berikutan keadaan sekatan tambahan dan kemelesetan ekonomi yang berlaku sekarang.

“Ia bukan hanya pembayaran sekali sahaja. Kita perlu menyasar melangkaui kumpulan berpendapatan B40 dan perlu bermurah hati.

“Pengkritik mungkin akan berkata ia melibatkan kos yang tinggi dan ia sememangnya tinggi, tetapi saya percaya kos sebenarnya akan menjadi lebih tinggi bagi tempoh jangka panjang jika ia tidak dilakukan,” katanya.

Melati berkata demikian semasa perbincangan panel - 'Selamatkan Nyawa, Lindungi Mata Pencarian,” sempena pelancaran laporan Malaysia Economic Monitor Bank Dunia bertajuk 'Weathering the Surge' yang diadakan secara maya pada Rabu.

Menurutnya, data terkini daripada Jabatan Perangkaan menunjukkan bahawa 10 peratus daripada isi rumah dalam kumpulan pendapatan M40 mengalami penurunan pendapatan.

“Ia adalah suatu yang perlu ditangani dengan segera.

“Saya fikir kita perlu menyedari bahawa keperluan orang adalah pelbagai, orang perlu membayar bil telefon, pendidikan anak-anak mereka dan sewa. Wang tunai akan sangat membantu individu kerana mereka dapat menyalurkannya kepada keperluan yang mereka sangat perlukan,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!