‘Perasuah sanggup ambil hak orang lain’

Golongan yang terlibat dengan rasuah sanggup mengetepikan hak orang lain demi mendapat habuan. Gambar kecil: Suhaina
Golongan yang terlibat dengan rasuah sanggup mengetepikan hak orang lain demi mendapat habuan. Gambar kecil: Suhaina
A
A
A

SHAH ALAM - Golongan yang terlibat dengan rasuah sanggup mengetepikan hak orang lain demi mendapat habuan, tajaan dan komisen atas ‘kerja’ yang dilakukan.

Pensyarah Kanan Fakulti Komputeran dan Informatik dari Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Dr Suhaina Musani berkata, situasi itu menggambarkan rasuah boleh berlaku tanpa mengira kedudukan atau status seseorang.

“Semua umat Islam tahu bahawa rasuah merupakan sesuatu perbuatan yang bertentangan dengan Islam. Malah, agama lain juga melarang.

“Tetapi demi menurut hawa nafsu yang dahagakan kemewahan, mereka akhirnya terjebak dengan perbuatan kotor itu,” katanya.

Beliau berkata, kegagalan menghayati konsep integriti dan mengambil mudah mengenai rasuah dalam kehidupan akan menyebabkan diri termasuk dalam golongan yang ingin merosakkan kehidupan masyarakat.

“Rasuah akan menyebabkan masyarakat terpaksa hidup dengan budaya mengampu, berajakan wang ringgit, hipokrit, pembohongan dan pilih kasih dalam semua perkara dan sektor,” tegas beliau.

Suhaina turut memuji usaha Sinar Harian menjayakan kempen Rasuah Busters.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!