PKP 3.0: Rakyat berdebar tunggu pengumuman kerajaan

 Kita semua tertunggu-tunggu pengumuman kerajaan sama ada ia akan disambung atau beralih ke fasa seterusnya.
Kita semua tertunggu-tunggu pengumuman kerajaan sama ada ia akan disambung atau beralih ke fasa seterusnya.
A
A
A

MENJELANG tarikh akhir penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada 28 Jun ini, kita semua tertunggu-tunggu pengumuman kerajaan sama ada ia akan disambung atau beralih ke fasa seterusnya.

Ikut perkiraan, ada empat hari sahaja lagi sebelum 'tarikh luput’ PKP kali ini. Jika bukan hari ini, mungkin esok lusa, adalah berita baharu tentang PKP 3.0 ini. Jadi pastinya masing-masing cukup berdebar menantikan perkhabaran mutakhir dari Putrajaya.

Sesuatu yang mungkin amat diharapkan majoriti rakyat Malaysia – PKP 3.0 beralih ke fasa kedua. Makna kata, aktiviti ekonomi dan sosial dibuka secara berperingkat – tidak seperti fasa pertama yang lebih menjurus kepada essential services.

Sebelum ini, dikhabarkan kerajaan akan menilai semula pelaksanaan PKP 3.0 jika jumlah jangkitan harian Covid-19 capai angka bawah 4,000 kes. Tetapi itu tidak bermaksud kerajaan akan menamatkan terus PKP 3.0.

Harus diingatkan perkhabaran itu sebenarnya lebih kepada kerajaan sedia mengkaji semula pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP). Semua itu juga bergantung pada nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

Apa pun perkiraannya, Merak Jalanan percaya kerajaan akan memperhalusi setiap data yang diperoleh KKM sebelum membuat keputusan. Sudah tentu kerajaan tidak mahu 'silap langkah’ dalam menyusun strategi bagi menangani badai Covid-19.

Bak kata pepatah Melayu – ditelan mati emak, diluah mati bapa. Dalam situasi sekarang, Merak Jalanan melihat kerajaan tak ubah seperti berada dalam keadaan 'serba salah’ – nak sambung fasa pertama PKP 3.0 atau beralih ke fasa kedua.

Dari satu sudut, kerajaan digasak bagi membolehkan lebih banyak aktiviti ekonomi dan sosial dibuka. Dari satu sudut lagi, kerajaan diminta mengetatkan SOP dan bukannya PKP 'separuh masak’.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!