Gerloff ganti Morbidelli di GP Belanda

Gerloff
Gerloff
A
A
A

PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (PYSRT) membuat keputusan memberikan peluang buat julung kalinya kepada penunggang Amerika Syarikat (AS), Garrett Gerloff untuk bertanding dalam MotoGP menggantikan sementara Franco Morbidelli yang cedera dalam Grand Prix (GP) Belanda di Litar Assen hujung minggu ini.

Pasukan itu berkata, Morbidelli kini menjalani penilaian perubatan dan rawatan selepas mengalami kecederaan pada lutut kirinya semalam.

Gerloff yang berusia 25 tahun merupakan seorang penunggang GRT Yamaha WorldSBK dalam Kejohanan Superbike Dunia.

Beliau sebelum ini menunggang jentera Yamaha YZR-M1 semasa menggantikan Valentino Rossi dalam pasukan MotoGP Monster Energy Yamaha pada sesi latihan GP Eropah di Valencia tahun lepas.

"Saya teruja dengan peluang di hadapan, saya bukannya seorang yang melarikan diri daripada sesuatu cabaran, jadi saya bersedia untuk turun ke litar. Ia adalah litar baharu buat saya, saya gemar mencuba litar baharu, ia nampak menarik, pantas dan lancar serta menepati gaya tunggangan saya.

"Saya tidak sabar-sabar untuk berada di atas jentera Yamaha M1 sekali lagi dan memulas pendikit. Kami tengok bagaimana keadaannya tetapi saya rasa gembira dan ingin mengucapkan terima kasih kepada Yamaha dan pasukan ini kerana menimbangkan pemilihan saya. Ia bukannya mudah tetapi saya akan memberikan yang terbaik, katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan pasukan itu malam ini.

Sementara itu, Prinsipal Pasukan Datuk Razlan Razali teruja untuk mengalu-alukan Gerloff tetapi mengingatkan pelumba itu bahawa tugasan berat menantinya sepanjang hujung minggu ini.

"Setiap orang perlu bergerak pantas selepas berita lewat semalam bahawa Franco tidak boleh berlumba hujung minggu ini dan kami berterima kasih kepada Yamaha kerana memudahkan cara.

Artikel Berkaitan:

Kami mengharapkan Franco pulih kembali dengan sempurna dan semoga beliau akan kembali ke litar selepas cuti musim panas,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!