Malaysia mampu jadi negara berjaya jika semua pihak kerja keras

Abu Bakar Yahya (tiga dari kiri) melancarkan Kelab Sukarelawan DUN Batang Kali di Auditorium Abdul Hamid, Batang Kali, Hulu Selangor, hari ini.
Abu Bakar Yahya (tiga dari kiri) melancarkan Kelab Sukarelawan DUN Batang Kali di Auditorium Abdul Hamid, Batang Kali, Hulu Selangor, hari ini.
A
A
A

HULU SELANGOR - Malaysia mampu menjadi negara yang berjaya sekiranya para pemimpin dan rakyat bekerjasama mendukung setiap prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya berkata, apabila menyifatkan kerjasama seumpama itu penting sebagai asas yang memacu pertumbuhan negara sekaligus mewujudkan suasana yang aman dan harmoni dalam kalangan rakyat pelbagai kaum.

"Kita (rakyat Malaysia) boleh berjaya kalau semua rajin, kerja keras dan mendukung undang-undang dan Perlembagaan Negara. Kalau kita tidak mengikuti semua itu, kita tidak akan ke mana.

"Malaysia ini sebenarnya mempunyai kelebihan serta kekuatan rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum. Kalau kelebihan dan kekuatan ini digembleng mengikut jalan yang baik dan betul, saya yakin negara kita akan kuat dan terus disegani negara-negara dunia yang lain," katanya.

Abu Bakar yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu turut berharap para pemimpin yang ditugaskan untuk mentadbir negara dan rakyat supaya menjaga amanah mereka dengan baik.

Terdahulu, Abu Bakar merasmikan pelancaran Kelab Sukarelawan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali, di sini hari ini.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Harumaini Omar dan Pengerusi Kelab Sukarelawan DUN Batang Kali, Norhayati Abu Kassim.

Dalam perkembangan lain, Harumaini ketika ditemui menyatakan penubuhan kelab itu merupakan usaha yabg dapat meningkatkan lagi hubungan silaturahim rakyat khususnya di kawasan DUN Semenyih.

Artikel Berkaitan:

"Kelab ini saya difahamkan telah mempunyai 1,000 ahli dengan 25 cawangan dalam DUN Semenyih.

"Dengan adanya kelab ini, ia satu usaha untuk melibatkan rakyat khususnya golongan muda di Batang Kali untuk membantu di antara satu sama lain atas semangat kesukarelawanan," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!