Copa America: Peru bangkit ikat Ecuador

Antara aksi menarik pertemuan Peru menentang Ecuador dalam perlawanan Kumpulan B Copa America 2021 di Stadium Olimpico Pedro Ludovico, pada Khamis.
Antara aksi menarik pertemuan Peru menentang Ecuador dalam perlawanan Kumpulan B Copa America 2021 di Stadium Olimpico Pedro Ludovico, pada Khamis.
A
A
A

PENYERANG Peru kelahiran Itali, Gianluca Lapadula memacu kebangkitan sensasi pasukan Amerika Selatan itu ketika bangkit ketinggalan dua gol untuk mengikat Ecuador 2-2 dalam aksi Kumpulan B, Copa America 2021 di Stadium Olimpico Pedro Ludovico, pada Khamis.

Pada aksi di Goiania tersebut, Ecuador terlebih dulu di depan hasil jaringan sendiri pemain Peru, Renato Tapia sebelum Ángelo Preciado melebarkan jaringan menerusi Ayrton Preciado pada masa kecederaan babak pertama.

Bersambung babak kedua, Peru yang seolah-olah dikejutkan daripada lamunan, kembali memperkemaskan permainan mula mengasak kubu Ecuador.

Hasilnya, Lapadula berjaya meledak jaringan pada minit ke-49, yang menjadi penyuntik semangat kepada André Carrillo untuk tampil gol pengikat perlawanan pada minit 53' untuk keputusan 2-2 penghujung perlawanan.

Keputusan luar biasa tersebut menyaksikan kedua-dua pasukan masih berpeluang layak ke saingan kalah mati lapan terbaik kejuaraan berprestij benua Amerika Selatan itu dengan masing-masing berbaki satu perlawanan.

Peru kini mengumpul empat mata manakala Ecuador pula dua mata selepas mengharungi dua perlawanan liga satu pusingan tersebut dengan masing-masing berkedudukan ketiga dan keempat kumpulan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!