Suasana pilu iringi pengebumian Suhaimi

Allahyarham Suhaimi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 22, di sini kira-kira jam 8.30 malam tadi.
Allahyarham Suhaimi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 22, di sini kira-kira jam 8.30 malam tadi.
A
A
A

SUBANG JAYA - Suasana sedih dan pilu menyelubungi upacara pengebumian jenazah mangsa yang rentung dalam kemalangan melibatkan tiga lori di Kilometer 372 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, dekat Slim River, pagi tadi.

Allahyarham Mohamad Suhaimi Khamis, 38, berasal dari Felda Mayam, Bera, Pahang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, di sini pada jam 8.30 malam selepas diberi penghormatan terakhir oleh keluarganya.

Dianggarkan lebih 200 saudara-mara dan rakannya hadir di tanah perkuburan bagi memberikan penghormatan terakhir.

Sebelum itu, jenazah tiba dari Hospital Slim River pada jam 7.15 malam dan di bawa ke Masjid Nurul Huda Kampung Kenangan, Puchong untuk disembahyangkan.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Khatijah Abdul Karim, 36, yang sedang hamil tujuh bulan dan tiga anaknya termasuk pasangan kembar, Mohamad Amar, Mohamad Amir, 9, dan Nor Afiqah, 8.

ARTIKEL BERKAITAN:

Pemandu rentung babitkan nahas tiga lori

'Saya sedih... tolong jangan sebar video suami saya lagi'

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, ketika kejadian anak kelima daripada lapan beradik itu dipercayai dalam perjalanan menghantar bekalan minyak dari Sungai Buloh, Selangor ke Lumut, Perak.

Kemalangan membabitkan lori membawa muatan barangan runcit dan lori tangki muatan diesel itu mengakibatkan semua lorong ditutup sepenuhnya bagi operasi pemadaman kebakaran dijalankan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!