Berdepan 10 tuduhan dera seksual, R Kelly serah diri
CHICAGO - AMERIKA SYARIKAT. Bintang R&B, R Kelly tampil menyerah diri kepada polis Chicago, semalam selepas selebriti itu berdepan 10 pertuduhan berkaitan jenayah seksual terhadap.
Peguamnya, Steve Greenberg berkata, anak guamnya sangat kecewa dan tertekan dengan tuduhan tersebut.
"Dia mengaku tidak bersalah," ujarnya.
Perkembangan itu berlaku selepas hakim meluluskan waran tangkap tanpa ikat jamin ke atas pemilik nama sebenar, Robert Sylvester Kelly, 52, yang berdepan tuduhan pornografi kanak-kanak dan mengadakan hubungan intim dengan remaja bawah umur.
Dia tidak pernah disabit bersalah dan menafikan tuduhan lain sebelum ini.
Difahamkan, tuduhan itu dibuat beberapa minggu selepas siri dokumentari berjudul Surviving R Kelly ditayangkan yang memaparkan tuduhan serangan seksual dilakukan pelontar lagu hit, I Believe I Can Fly terhadap beberapa wanita termasuk bekas isterinya. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!