Dua pekerja gerai durian dikompaun langgar SOP

Penguat kuasa KPDNHEP melakukan pemeriksaan di gerai durian di sekitar Seremban pada Isnin lalu.
Penguat kuasa KPDNHEP melakukan pemeriksaan di gerai durian di sekitar Seremban pada Isnin lalu.
A
A
A

SEREMBAN - Dua pekerja gerai durian dikenakan kompaun masing-masing sebanyak RM1,500 kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Kedua-dua mereka didapati gagal mendaftar masuk ke premis sama ada menggunakan MySejahtera atau buku pendaftaran.

Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, Ain Arjuna Aziz Zaman, pihaknya membuat pemeriksaan pematuhan pada Isnin lalu dan mendapati semua pemilik gerai sekitar Seremban dan Senawang mematuhi SOP yang ditetapkan.

"Hanya dua pekerja di gerai durian dikesan melanggar SOP, dan dikenakan kompaun kerana melanggar SOP PKP 3.0, Kesalahan: Peraturan 17 PPPPB (LDKTJ) (No.2) 2021.

"Hasil pemeriksaan menyeluruh mendapati kesemua gerai menyediakan alat pemeriksaan suhu, cecair pembasmi tangan, QR code MySejahtera dan buku pendaftaran untuk kegunaan pelanggan yang tiada MySejahtera," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Ain Arjuna berkata, semua pengusaha dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan kerana pihaknya akan melakukan pemantauan secara berterusan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!