UK longgar peraturan, bolehkan VIP saksikan separuh akhir, final Euro

Sebahagian peraturan Covid-19 pada perlawanan separuh akhir dan final Euro 2020 yang dirancang berlangsung di Stadium Wembley, London akan diubah. - Foto EPA
Sebahagian peraturan Covid-19 pada perlawanan separuh akhir dan final Euro 2020 yang dirancang berlangsung di Stadium Wembley, London akan diubah. - Foto EPA
A
A
A

MOSCOW - Menteri Media dan Data United Kingdom (UK), John Whittingdale pada Rabu berkata, pegawai dan peminat VIP akan dikecualikan daripada kuarantin sebaik tiba di negara ini untuk menyaksikan perlawanan Euro 2020, lapor Sputnik.

Menurut Sky News, sebahagian peraturan Covid-19 pada perlawanan separuh akhir dan final Euro 2020 yang dirancang berlangsung di Stadium Wembley, London akan diubah.

Namun, Whittingdale berkata, faktor keselamatan tetap menjadi keutamaan, kerana mereka yang dikecualikan daripada beberapa peraturan umum masih perlu mematuhi sekatan lain.

Senarai VIP merangkumi anggota organisasi bola sepak, wakil negara yang bermain, penaja atau rakan kongsi Kejuaraan Euro 2020. Jumlah VIP yang bakal menghadiri perlawanan akhir pada 11 Julai, dianggarkan seramai 2,500 orang.

Menurut beliau, pengunjung terlibat juga perlu mematuhi beberapa sekatan lain, tidak dibenarkan melancong ke sekitar Britain dan pulang sejurus selepas perlawanan.

Pada awal Jun, UEFA bercadang untuk memindahkan gelanggang perlawanan dari London ke Budapest kerana pihak berkuasa Britain enggan mengecualikan peserta VIP daripada kuarantin wajib 10 hari untuk mereka yang tiba dari negara dalam senarai merah dan kuning. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!