Pemuda MCA desak PKPD Sungai Petani

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SUNGAI PETANI - Pemuda MCA Bahagian Sungai Petani mendesak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah itu.

Ketuanya, Ng Kooi Wei berkata, situasi wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan di Sungai Petani turut menjangkiti pekerja kilang, pengusaha kedai kopi dan penjaja sehingga membimbangkan kelompok komuniti lain.

Menurutnya, selain cadangan menguatkuasakan PKPD, beliau mencadangkan sektor ekonomi khususnya membabitkan operasi kilang ditutup.

"Selain itu, ujian saringan Covid-19 perlu dilaksanakan secara berskala besar bagi memutuskan rantaian Covid-19 dan mengesan pesakit positif.

"Kami juga mengharapkan kerajaan supaya mempercepatkan pemberian vaksinasi terutama kepada warga emas dan kumpulan berisiko tinggi.

"Kami juga berbesar hati sekiranya kerajaan menyediakan program vaksinasi bergerak, "Drive-Thru" dan vaksinasi langsung tanpa pendaftaran (penerima berusia lebih dari 60 tahun) perlu diberi keutamaan seperti dilaksanakan di beberapa negeri lain," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: ADUN gesa laksana PKPD di Sungai Petani

Menurut beliau, wabak yang menular telah memberi kesan ekonomi keluarga khususnya golongan B40 yang terjejas.

Artikel Berkaitan:

"Disebabkan itu, kerajaan disaran menyediakan bantuan makanan secara mingguan yang diseliakan oleh pelbagai agensi, sukarelawan dan jabatan kerajaan terutama keluarga yang dikenakan perintah kuarantin di rumah," katanya.

Beliau mengharapkan Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Kesihatan Negeri dan Daerah serta Kerajaan Negeri memberi perhatian sewajarnya atas cadangan berkenaan.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Simon Ooi Tze Min suoaya kerajaan menguatkuasakan PKPD di Daerah Kuala Muda berikutan kes positif Covid-19 yang semakin meningkat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!