Antara 120 hotel yang terpaksa ucap 'selamat tinggal'
SHAH ALAM - Selepas lebih setahun berdepan pandemik Covid-19, sektor perhotelan negara semakin nazak apabila sekurang-kurangnya 120 buah hotel sudah ‘check out’ daripada bisnes perhotelan sama ada menutup operasi secara penuh atau sementara.
Ini kerana sektor perhotelan terus mencatatkan kerugian besar lantaran sekatan rentas negara, negeri dan daerah.
Lebih gawat, kerugian tahun ini dijangka lebih besar dan tinggi berbanding tahun lalu apabila setakat separuh tahun pertama 2021, kerugian industri hotel sudah mencecah RM5 bilion.
Berbanding tahun 2020, kadar kerugian hotel adalah sebanyak RM6.3 bilion namun untuk tempoh sepanjang tahun.
Nasib 3.6 juta pekerja industri hotel terus dihimpit dilema, malah ada yang sudah berhenti kerja apabila mencari kerja baharu termasuk bekerja di ladang.
ARTIKEL BERKAITAN: 120 hotel sudah ‘check out’
Kami dah lebih setahun ‘berehat’
Berikut antara hotel-hotel yang telah menutup operasi secara penuh atau sementara waktu.
- Beach Melaka
Kedua-dua hotel memaklumkan penutupan operasi kepada Kesatuan National Union of Hotel, Bar & Restaurant Workers Peninsular Malaysia (NUHBRW) pada tahun lalu
-Sheraton Imperial, Kuala Lumpur
Hotel bertaraf lima bintang ini menutup operasi buat sementara waktu bermula 22 Jun 2020
- Royale Chulan Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Hotel empat bintang terkemuka itu mengumumkan penamatan operasi bermula 11 Februari 2021
- Puteri Pacific Hotel, Johor
Hotel empat bintang itu menutup sepenuhnya operasi pada 30 Ogos 2020 selepas 29 tahun operasi
- Holiday Inn Resort, Pulau Pinang
Hotel bertaraf empat bintang di Batu Ferringhi itu ditutup sepenuhnya pada 30 Jun 2020
- Hotel Equatorial, Pulau Pinang
Hotel yang memulakan perkhidmatan pada tahun 1989 itu menutup operasi sebelum Mac 2021
- Hotel Silka Maytower, Kuala Lumpur
Hotel di tengah bandar raya Kuala Lumpur ini menutup operasi pada 29 Januari 2021
- GTower Hotel, Kuala Lumpur
Hotel yang beroperasi selama 10 tahun akhirnya tutup pada 30 April 2020
- Kinta Riverfront Hotel & Suites, Perak
Hotel empat bintang tersebut tutup sepenuhnya operasi pada 30 April 2020
- Ramada Plaza, Melaka
Hotel kebanggaan negeri Melaka berusia 40 tahun itu menutup sepenuhnya operasi pada 30 Jun 2020 Hotel Shah Village, Petaling Jaya & Hotel Shah
- Jazz Hotel, Pulau Pinang
Hotel bertemakan inspirasi jazz itu menutup operasi pada 30 April 2020
- Berjaya Tioman Resort, Pahang
Hotel ini secara rasmi menutup operasi pada 15 Jun 2020 selepas 50 tahun operasi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!