Paraguay tempah slot kalah mati
PARAGUAY mengesahkan slot kalah mati Copa America 2021 selepas mengejutkan pasukan pilihan Chile 2-0 pada aksi kumpulan di Stadium Mane Garrincha, Brasília sebentar tadi.
Dua gol daripada Braian Samudio dan Miguel Almiron sudah cukup untuk memastikan La Albirroja mengatasi barisan bekas juara dua kali La Roja tersebut.
Anak buah Eduardo Berizzo mendahului babak pertama hasil jaringan sulung peringkat antarabangsa Samudio pada minit ke-33 untuk mengakhiri cabaran babak pertama dengan kedudukan 1-0 berpihak sensasi Amerika Selatan tersebut.
Bersambung babak kedua, Chile kendalian Martín Lasarte yang juga bekas pengendali kelab Al Ahly berusia 60 tahun, cuba mengekalkan rekod tanpa kalah dalam enam aksi terakhir selepas dilantik membimbing La Roja.
Namun hasrat Lasarte untuk memberi tekanan kepada pendahulu kumpulan A, Argentina tidak kesampaian apabila Paraguay dihadiahkan sepakan penalti yang disudahkan Almiron pada minit ke-56 untuk kedudukan 2-0.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!