'Total lockdown' berjaya elak malapetaka: Dr Noor Hisham
KUALA LUMPUR- 'Total lockdown' yang dilaksanakan kerajaan berjaya mengelakkan 'malapetaka' seperti yang diunjurkan sebelum ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, negara sebelum ini berdepan risiko kenaikan kes jangkitan sehingga 13,000 kes pada 14 Jun.
Keadaan itu boleh mencecah sehingga 40,000 kes beberapa minggu selepas itu.
"Kita berjaya melandaikan lengkuk jangkitan tetapi masih banyak yang perlu dilakukan untuk menurunkan lagi kes.
"Selagi masih ada pergerakan dan aktiviti berkumpul beramai-ramai di sesetengah sektor, kita akan tetap berada di mana kita hari ini.
"Jika orang lain berdegil, kita sendiri masih boleh membawa perubahan dengan mengamalkan sekatan pergerakan kendiri, menyelamatkan diri dan keluarga," katanya.
Tambah beliau, ini penting terutama ketika beberapa varian baharu seperti Beta dan Delta, yang mempunyai kadar jangkitan dan kematian yang lebih tinggi.
"Kita sekarang dalam peperangan, dan menyelamatkan negara adalah keutamaan kita. Jika tidak, nasib kita akan jadi seperti India," ujarnya.- Awani
'Full lockdown' berjaya elak malapetaka, tapi masih banyak perlu dilakukan - Dr Noor Hisham
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!