PSG ikat adik Mbappe tiga tahun
PADA ketika status Kylian Mbappe masih samar bersama gergasi Ligue 1, Paris Saint Germain (PSG), Les Parisiens terus mengikat khidmat adiknya Ethan untuk skuad remaja dengan kontrak selama tiga tahun sehingga 2024.
Menurut jurucakap kelab itu, pemain berusia 15 tahun berkenaan yang beraksi dengan skuad remaja sebelum ini diikat bersama Senny Mayulu.
"Dilahirkan pada 2006, bakat muda berpotensi pada masa depan ini telah menyertai skuad pelapis dengan kontrak selama tiga tahun," kata PSG dalam satu kenyataan.
Kylian yang kini bersama Perancis dalam saingan Euro 2020, berbaki kontrak setahun lagi bersama Les Parisiens, sebelum ini dinasihati Presiden Perancis, Emmanuel Macron untuk kekal bersama PSG dan bermain dalam saingan Ligue 1.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!