Covid-19: Varian Delta dan Kappa melonjak di Itali

Variankoronavirus Delta dan Kappa melonjak di Itali dan menyumbang hampir 17 peratus daripada jumlah kes Covid-19 sejak Mei lalu.
Variankoronavirus Delta dan Kappa melonjak di Itali dan menyumbang hampir 17 peratus daripada jumlah kes Covid-19 sejak Mei lalu.
A
A
A
VARIAN koronavirus Delta dan Kappa melonjak di Itali dan menyumbang hampir 17 peratus daripada jumlah kes Covid-19 sejak Mei lalu.

Menurut Institusi Kesihatan Nasional (ISS) Itali, varian Delta yang awalnya dikesan di India kini sedang menjadi dominan di negara itu.

Berdasarkan data, kes varian Kappa dan Delta meningkat daripada 4.2 peratus pada bulan Mei menjadi 16.8 peratus pada bulan Jun.

Pemantauan epidemiologi menunjukkan varian Delta berkembang pesat dan seperti negara Eropah lain, varian tersebut sedang dominan.

Varian koronavirus Alpha tetap menjadi varian yang paling dominan di Itali setakat ini, mewakili 74.9 peratus.

Itali mencatatkan 127,380 kematian dengan 4.26 juta kes dilaporkan sejak Februari tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!