Lelaki maut ditembak ketika sertai kejohanan bola sepak
PARIS - Seorang lelaki terbunuh manakala seorang lagi cedera parah akibat ditembak ketika menyertai kejohanan bola sepak di bandar Marseille, selatan Perancis pada Jumaat, lapor Agensi Berita Xinhua.
Mangsa merupakan pemain pasukan bola sepak tempatan yang mengambil bahagian dalam kejohanan peringkat daerah, membabitkan anggota polis kehakiman, memetik akhbar harian La Provence. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!