'Kesihatan Abdul Hadi semakin baik'

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang masih dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) dijangka dibenarkan pulang dalam masa terdekat.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kesihatan Abdul Hadi semakin baik dan menunjukkan perkembangan positif sejak mendapat rawatan di institut itu.

"Alhamdulillah makin baik, insya-Allah dalam masa terdekat dia akan keluar dari IJN.

"Kesihatannya makin pulih, dalam keadaan ceria dan teruja untuk sama-sama dengan masyarakat," katanya kepada media ketika ditanya perkembangan terkini Abdul Hadi.

Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu berkata demikian selepas ditemui pada Program Outreach Jejak Vaksin Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Sekolah Kebangsaan (SK) Kesom, Manir di sini pada Sabtu.

Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri

Media pada 6 Jun lalu melaporkan Abdul Hadi yang merupakan Ahli Parlimen Marang dimasukkan ke IJN.

Perkara itu dimaklumkan anak beliau, Muhammad Khalil dalam hantaran di Facebook beliau.

Artikel Berkaitan:

Muhammad Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok dilaporkan berkata, keadaan Abdul Hadi stabil namun masih memerlukan rawatan susulan dan pemantauan doktor.

ARTIKEL BERKAITAN: Abdul Hadi dimasukkan ke IJN

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!