Aktiviti kargo, kontena di Pelabuhan Pulau Pinang lancar

Teik Cheng (kanan) ketika meninjau NBCT di Butterworth pada Sabtu.
Teik Cheng (kanan) ketika meninjau NBCT di Butterworth pada Sabtu.
A
A
A

BUTTERWORTH - Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) berpuas hati dengan pelaksanaan pelepasan kargo dan kontena bagi mengurangkan kesesakan pelabuhan-pelabuhan di negara ini sepanjang tempoh Sekatan Pergerakan Penuh atau 'total lockdown' fasa pertama.

Pengerusi SPPP, Datuk Tan Teik Cheng berkata, aktiviti pelepasan kargo itu dibuat pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat bermula 18 Jun lalu.

Menurutnya, sejak kebenaran tersebut diberikan oleh kerajaan, Pelabuhan Pulau Pinang telah melaksanakan empat empat kali pelepasan kargo dan kontena yang melibatkan pengendalian kontena eksport sebanyak 6,122TEUs dan kontena import sebanyak 5,268TEUs.

Beliau berkata bagi pengendalian kargo pula sebanyak 28,015FWT bagi kargo import dan masih tiada pengendalian bagi kargo eksport.

“Kendalian kontena melibatkan kontena yang diimport oleh pengilang dari seluruh Zon Utara Malaysia dan kontena yang dieksport ke Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Qingdao, China melalui Pelabuhan Klang.

"Situasi di Pelabuhan Pulau Pinang adalah di bawah kawalan dengan jumlah keseluruhan penggunaan yad masih berada di bawah paras 60 peratus," katanya menerusi satu kenyataan di sini selepas mengadakan lawatan kerja ke Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) pada Sabtu.

Teik Cheng berkata, kebenaran pelepasan ini dapat membantu pemain industri pelabuhan mengelakkan kerugian berganda serta dapat menjimatkan kos pembayaran penyimpanan kargo dan kontena di pelabuhan selain daripada kos sewaan kontena yang terpaksa ditanggung oleh syarikat perkapalan.

Beliau berharap semua pihak yang terlibat dapat bekerjasama antara satu sama lain serta berganding bahu bersama dengan kerajaan dalam mengharungi cabaran pandemik Covid-19 yang sedang dihadapi kini.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, SPPP juga akan sentiasa membantu semua pihak sebagai pemudah cara sektor pelabuhan bersesuaian dengan peranannya sebagai pihak berkuasa pelabuhan bagi Pelabuhan Pulau Pinang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!