Enam bank tunjuk minat bantu usahawan

Mohd Redzuan semasa merasmikan Pusat Sehenti Keusahawanan di Seremban, semalam.
Mohd Redzuan semasa merasmikan Pusat Sehenti Keusahawanan di Seremban, semalam.
A
A
A

SEREMBAN - Sebanyak enam bank menunjukkan minat bekerjasama membantu tawar pembiayaan pinjaman kepada usahawan.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, pihaknya telah mendapat maklum balas positif daripada mereka yang menyatakan keyakinan terhadap sistem lebih kondusif diwujudkan oleh kerajaan.

Menurutnya, keyakinan itu dinyatakan Bank Islam Malaysia Berhad, Maybank Berhad, RHB Bank Berhad, Exim Bank Berhad, HSBC Bank Malaysia Bhd dan United Overseas Bank Bhd.

“Keyakinan itu mendorong bank berkenaan tawar bantuan pembiayaan kepada usahawan IKS dalam sektor yang mereka fahami dan sasarkan bersama kerajaan.

“Antara sektor terbabit ialah sektor pertanian, perikanan, pembuatan dan pemprosesan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Memperkasakan Usahawan Bumiputera (KUB) dan Pelancaran Pusat Sehenti Keusahawanan di sini, semalam.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!