71 mangsa banjir berada di pusat pemindahan
KUCHING – Seramai 71 mangsa banjir daripada 19 keluarga di Samarahan telah ditempatkan di sebuah pusat pemindahan berikutan hujan yang berterusan, setakat 8 pagi ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara (JPBN) dalam satu kenyataan berkata kawasan terjejas adalah Kampung Lubok Meranti di Simunjan.
Setakat ini hanya satu pusat pemindahan di Dewan Kampung Lutong, Sebangan, Simunjan dibuka, katanya. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!