Borang pendaftaran vaksinasi: Orang ramai diminta berhati-hati

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihat supaya berhati-hati dengan penyebaran berita palsu mengenai borang pendaftaran vaksinasi Covid-19.

Kenyataan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) di laman Facebook rasminya pada Sabtu meminta orang ramai agar tidak menghiraukan sebarang perkongsian mengenai borang pendaftaran vaksinasi di aplikasi WhatsApp atau mana-mana platform tidak rasmi.

“Lindungilah data peribadi anda daripada sebarang pencerobohan.

"Anda hanya perlu merujuk saluran rasmi JKJAV untuk sebarang maklumat berkaitan vaksin Covid-19,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!