Denmark melangkah bergaya ke pentas lapan terbaik
BEKAS juara edisi Euro 1992, Denmark muncul pasukan pertama mengesahkan tempat ke suku akhir selepas membelasah Wales 4-0 pada aksi Pusingan 16 Terbaik Euro 2020 di Johan Cruiyff Arena, Amsterdam pada awal pagi Ahad.
Skuad The Danish Dynamite itu membuka jaringan pada minit ke-27 menerusi Kasper Dolberg hasil rembatan cantik dari luar kotak penalti yang menewaskan penjaga gol The Dragons, Danny Ward.
Dolberg kemudiannya menjaringkan gol kedua Denmark pada minit ke-48 apabila memanfaatkan kesilapan pertahanan Wales dengan merembat deras dari jarak dekat bagi menewaskan Ward.
Joakim Maehle kemudiannya menjadikan kedudukan 3-0 menerusi jaringannya pada minit ke-88 sebelum Martin Braithwaite melengkapkan kemenangan bergaya Denmark menerusi gol keempat pada masa kecederaan.
Perlawanan berkenaan bagaimanapun dicemari dengan insiden layangan kad merah kepada pemain Wales, Harry Wilson pada minit ke-90 kerana mengasari Maehle.
Untuk rekod aksi final edisi Euro 1992 di Stadium Ullevi, Gothenburg, Sweden pada 26 Jun 1992, Denmark membenam cabaran gergasi dunia Jerman 2-0 menerusi jaringan epik
John Jensen dan Kim Vilfort yang disaksikan lebih 37,000 penonton.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!