Dua maut ketika masuk simpang
BAGAN DATUK - Dua lelaki maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Kilometer 16.5, Jalan Teluk Intan- Hutan Melintang di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, B Maheshwara Rao, 26 dan M Shasissegar, 25, yang menaiki Perodua Myvi meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak, Superintendan Zakaria Abd Rahman berkata, siasatan awal mendapati Perodua Myvi berkenaan dari arah Teluk Intan menghala ke Hutan Melintang manakala, pacuan empat roda Toyota Hilux yang dinaiki dua lelaki dari arah bertentangan.
“Apabila sampai di tempat kejadian dipercayai Perodua Myvi yang dinaiki dua mangsa terbabit gagal mengawal kenderaan ketika masuk simpang kanan.
“Keadaan itu menyebabkan Toyota Hilux dipandu lelaki berusia 23 tahun tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian kiri kenderaan mangsa,” katanya.
Menurutnya, akibat kemalangan itu, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala,
“Pemandu dan penumpang Toyota Hilux juga berusia 23 tahun dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Teluk Intan.
“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik hospital berkenaan untuk bedah siasat. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!