Kakak maut ditikam adik selepas bergaduh

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN - Seorang wanita terbunuh selepas bergaduh dengan adik lelakinya di sebuah rumah di Kampung Kemansur, Bentong, pagi, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nayan berkata, mangsa Fan Suik Moi, 56, dikatakan telah ditikam suspek dalam kejadian itu.

“Kita telah menahan lelaki berusia 55 tahun merupakan adik lelaki kepada mangsa. Polis juga merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam pergaduhan berkenaan.

“Siasatan dapati kejadian adalah berpunca dari pertengkaran dan perselisihan faham antara mangsa dan suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan secara terperinci mengenai punca sebenar yang membawa kepada pergaduhan terbabit.

Dalam pada itu, Othman berkata, ketika kejadian terdapat ahli keluarga lain di rumah berkenaan yang telah menghalang suspek dari terus menikam mangsa.

Katanya,mangsa yang cedera telah dihantar jiran ke Hospital Bentong sebelum mangsa dirujukkan ke wad unit rawatan Rapi (ICU) Hospital Temerloh kerana alami pendarahan yang serius akibat beberapa tikaman di badannya.

“Hari ini, kira-kira 6 pagi, polis telah dimaklumkan mangsa telah meninggal dunia.

Artikel Berkaitan:

“Bedah siasat akan dilakukan bagi ketahui punca kematian,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawab Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!