Gnabry sedia hukum England

Gnabry
Gnabry
A
A
A

PEMAIN sayap Jerman, Serge Gnabry memberikan amaran betapa dia sudah bersedia untuk menghukum England dalam aksi pusingan 16 pasukan terakhir di Stadium Wembley pada Rabu ini.

Gnabry meledak enam gol dalam dua penampilan terakhirnya di London bersama Bayern Munich dan tidak sabar untuk meneruskan persembahan cemerlangnya ketika menentang The Three Lions.

Pemain bintang Bayern Munich itu menjaringkan empat gol ketika membenam Tottenham Hotspur 7-2 pada saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara pada 2019 di Stadium Tottenham sebelum meledak dua gol untuk menundukkan Chelsea pada pertemuan pertama 16 pasukan terakhir kejohanan sama di Stamford Bridge.

"Setiap kali saya berada di London, saya suka bermain dan rasa sangat selesa. Menjaringkan gol di sana sangat mengagumkan dan selalu ada banyak sejarah yang tercipta.

"Saya masih mempunyai banyak rakan di London dan mereka semua sudah tentu akan berada di stadium. Itulah sebabnya saya juga tidak sabar untuk bermain," katanya.

Namun, prestasi Gnabry ketika bersama Jerman dalam saingan Euro kali ini tampak kurang menyinar dengan dia masih belum mampu meledak sebarang gol buat pasukan.

Gnabry mengakui sedar mengenai perkara tersebut dan menegaskan pertemuan menentang England akan memberikan satu semangat kepadanya untuk memecahkan kebuntuan jaringannya itu.

"Untuk berada di jentera serangan Jerman dan tidak menjaringkan gol adalah sesuatu yang saya tidak gembira. Bukan misi saya untuk berada di sini dan tidak menjaringkan gol.

Artikel Berkaitan:

"Tetapi, di Jerman ini saya bermain dengan peranan yang berbeza dan saya mesti bersabar kerana ini perkara baru buat saya. Apa yang saya boleh lakukan adalah menunggu peluang saya muncul dan menjaringkan gol ketika menentang England," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!