Tiada pesta makan durian

Mior Faridalathrash
Mior Faridalathrash
A
A
A

IPOH - Polis Perak tidak membenarkan sebarang penganjuran makan durian berikutan ia menyalahi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang telah ditetapkan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, masyarakat diingatkan untuk terus patuh kepada SOP termasuk tidak melakukan pergerakan rentas daerah dan negeri ketika musim durian ini.

"Hendak merentas negeri dan daerah pun tidak dibenarkan apatah lagi hendak buat parti tertentu seperti pesta durian atau pesta apa-apa sekali pun memang tidak dibenarkan.

"Jadi, saya menasihati semua agar dalam tempoh PKP ini tiada sebarang aktiviti dibenarkan sama ada rasmi atau tidak rasmi,'' katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (IPK) di sini pada Ahad.

Mior Faridalathrash berkata, orang ramai masih boleh menikmati raja buah itu dengan membelinya daripada peniaga-peniaga setempat.

"Sekarang ini musim durian dan semua nak makan durian tetapi gunakan cara yang betul. Orang berniaga dibenarkan dan kita boleh membelinya.

"Banyak durian dijual ketika ini di seluruh negara namun, kita tidak benarkan sebarang pesta durian dianjurkan," katanya.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan seorang penyanyi bergelar Datuk dan beberapa individu lain akan diambil keterangan selepas gambar mereka makan durian di sebuah ladang di Kampung Poh, Bidor tular di media sosial.

Artikel Berkaitan:

Gambar yang tular itu didapati melanggar SOP kerana tiada penjarakan sosial dan tidak memakai pelitup muka.

ARTIKEL BERKAITAN: Makan durian: Artis bergelar Datuk dipanggil polis

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!