England berlatih sepakan penalti

Stones
Stones
A
A
A

PERTAHANAN England John Stones menegaskan skuad The Three Lions itu turut melakukan persiapan dari segi sepakan penalti bagi berdepan sebarang kemungkinan aksi kalah mati berdepan Jerman pada Rabu perlu ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.

Menurut Stones, biarpun mengharapkan aksi berdepan skuad Die Mannschaft itu tamat dalam tempoh 90 minit, namun persediaan bagi berdepan penentuan sepakan penalti itu tetap perlu dilakukan bagi berdepan sebarang kemungkinan kelak.

“Selain bersedia dari segi taktikal, kami juga giat melakukan latihan sepakan penalti menjelang perlawanan dengan Jerman nanti.

“Bagi saya, persiapan ini (sepakan penalti), dilihat penting sebagai persediaan bagi berdepan kemungkinan perlawanan berkenaan bakal berlarutan hingga ke penentuan sepakan penalti,” katanya.

Untuk rekod, Englan tewas 5-6 menerusi penentuan sepakan penalti kepada Jerman pada aksi separuh akhir Euro 1996 lalu dan sudah pasti kegagalan itu mahu ditebus oleh skuad kendalian Gareth Southgate itu kali ini.

Kali terakhir skuad The Three Lions itu berjaya pada penentuan sepakan penalti adalah pada pusingan kalah mati Piala Dunia 2018 lalu apabila menewaskan Colombia 4-3.

Justeru, pastinya kejayaan itu mahu diulangi kesebelasan The Three Lions itu sekiranya aksi berdepan Jerman gagal ditamatkan dalam tempoh 90 minit dan berlanjutan hingga ke penentuan sepakan penalti.

Sementara itu Jones berkata, memori tewas kepada England menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi kalah mati Euro 1996 lalu pastinya masih segar dalam ingatan penyokong-penyokong skuad The Three Liong situ.

Artikel Berkaitan:

“Fokus pasukan kini hanyalah untuk memastikan kemenangan pada aksi kalah mati nanti dan diharapkan segala usaha yang kami lakukan berhasil.

“Kami berlatih keras untuk perlawanan ini dan diharapkan kesemua pemain bersedia untuk memastikan kemenangan pasukan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!