Permim gesa bantuan kewangan untuk B40, M40

Gambar hiasan 123RF
Gambar hiasan 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia (Permim) menggesa kerajaan merangka bantuan kewangan kepada rakyat khususnya golongan B40 dan M40.

Timbalan Presidennya, Shaik Faridhudheen Anverdeen berkata, kerajaan perlu memberikan moratorium secara automatik kepada rakyat sekurang-kurangnya untuk tiga bulan akan datang.

Menurutnya, bantuan tersebut akan memberikan sedikit ruang untuk bernafas kepada rakyat dan peniaga kecil mahupun besar.

“Ini juga akan meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat, seterusnya merangsang ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Pada Sabtu, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengesahkan kerajaan bakal mengumumkan sesuatu mengenai pemberian moratorium dan i-Sinar dalam waktu terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan bakal umum pemberian moratorium, i-Sinar

Mengulas lanjut, Shaik Faridhudheen berkata, perniagaan membaik pulih peralatan komputer dan telefon bimbit serta kedai alat tulis harus dibenarkan beroperasi.

“Penggunaan peralatan ini penting kepada golongan pekerja yang bertugas dari rumah serta pelaksanaan sesi persekolahan melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR),” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, sektor perniagaan makanan dan minuman perlu dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 10 malam.

“Ini akan memudahkan rakyat mendapat bekalan makanan khasnya kepada pekerja-pekerja dari sektor yang dibenarkan.

“Malah pemilik perniagaan juga dapat meningkatkan jualan mereka untuk menampung sedikit sebanyak kos operasi,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!