Ukraine harap bantuan ketenteraan Nato
KIEV - UKRAINE . Presiden Ukraine, Petro Poroshenko menggesa Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) untuk menghantar kapal tentera ke Laut Azov susulan konflik dengan Rusia yang semakin meruncing.
Poroshenko berharap bantuan ketenteraan berkenaan dapat memperkukuh keselamatan Ukraine.
“Jerman adalah sekutu paling rapat dan kami berharap negara ahli Nato bersedia untuk menempatkan sejumlah kapal tentera laut di Laut Azov untuk membantu Ukraine dan memberikan keselamatan,” kata beliau.
Namun, Presiden Rusia, Vladimir Putin mendakwa Poroshenko mahu mencetuskan provokasi semata-mata untuk menarik sokongan menjelang pilihan raya 2019.
Namun, kerajaan negara Barat dilihat menyebelahi Kiev dan menuduh Moscow secara haram menyekat akses ke Laut Azov yang digunakan kedua-dua negara selain menggunakan kekerasan tanpa sebab munasabah.
[ARTIKEL BERKAITAN: Konflik baharu Ukaine-Rusia?]
[ARTIKEL BERKAITAN: Konflik Ukraine-Rusia mampu cetus perang]
[ARTIKEL BERKAITAN: Rusia 'paksa' kelasi Ukraine beri kenyataan palsu]
Ahad lalu, Rusia merampas tiga kapal milik Ukraine serta menahan 23 kru mereka di Selat Kerch kerana didakwa menceroboh perairan mereka, dan Putin mempertahankan tindakan negaranya itu. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!