Pekerja kebun maut digilis jentolak
Mangsa maut digilis jentolak dalam kejadian di ladang pertanian Jalan Klawang pada Ahad.
A
A
A
Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin berkata, dalam kejadian 10 pagi Ahad itu, mangsa, Md Nur Zamal, 33, warganegara Bangladesh mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kepala, sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Siasatan awal mendapati jentolak yang dipandu Muhamad Kamaruddin Mat Zawawi, 33, ingin ke tapak pertanian dan melalui cerun lereng bukit untuk menghantar racun bersama seorang pekerja yang berada di bracket belakang jentera itu.
"Sampai di tempat kejadian semasa mendaki bukit tiba-tiba enjin jentera itu mati dan menggelongsor ke belakang.
"Pada masa sama, mangsa melompat keluar dan tidak sempat mengelak lalu dilanggar oleh jentera tersebut yang sedang menggelongsor," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.
Tambahnya, bedah siasat akan diadakan pada Isnin jam 10 pagi di Hospital Jelebu.
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!