Penjara, denda RM50,000 jika zalimi haiwan liar

Tular di laman sosial gambar sembilan ekor monyet yang ditemui mati dipercayai diracun pihak tidak bertanggungjawab berhampiran sebuah pangsapuri di Paya Terubong pada petang Sabtu.
Tular di laman sosial gambar sembilan ekor monyet yang ditemui mati dipercayai diracun pihak tidak bertanggungjawab berhampiran sebuah pangsapuri di Paya Terubong pada petang Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Membunuh, meracun atau menyebabkan penderitaan terhadap haiwan liar merupakan perbuatan jenayah yang boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 dan penjara satu tahun jika sabit kesalahan.

Presiden Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) R. Kalai berkata, justeru orang ramai diingatkan bahawa segala urusan berkaitan kes kacau-ganggu hidupan liar adalah melibatkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

"Mana-mana pelaku yang tertangkap akan disabitkan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 Seksyen 86

"SAFM memandang perbuatan mendera haiwan liar ini sebagai satu tindakan yang zalim," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan pada Ahad ketika mengulas kejadian sekumpulan monyet mati di Pangsapuri Sun Moon City di Paya Terubong, Pulau Pinang pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Sembilan monyet mati diracun

Dalam insiden tersebut sembilan ekor monyet didapati telah dan hampir mati akibat diberi makan roti beracun oleh individu yang tidak dikenali.

Insiden tersebut disedari oleh seorang pemberi makan haiwan yang kerap memberi makan kepada kumpulan monyet itu.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut mengenai insiden tersebut, Kalai mendesak agar Perhilitan mengambil tindakan sewajarnya sebelum insiden yang sama bakal berulang yang akan memberi kesan kepada monyet-monyet lain kelak.

Ujar Kalai, satu laporan polis telah dibuat berhubung insiden tersebut malah pihak Perhilitan juga sudah mengambil bangkai monyet tersebut sebagai sampel.

"Saksi kejadian diminta tampil untuk membantu dengan menghubungi jabatan tersebut pada kadar segera," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!