Tujuh maut, puluhan cedera bangunan runtuh di Bangladesh
DHAKA - Sekurang-kurangnya tujuh terbunuh manakala puluhan lain cedera dalam satu insiden letupan yang mengakibatkan deretan bangunan menempatkan restoran dan kedai runtuh, di Dhaka, Bangladesh pada Ahad, lapor Xinhua.
Pesuruhjaya Polis Metropolitan Dhaka (DMP), Shafiqul Islam berkata, tujuh terbunuh dan sekurang-kurangnya 50 orang cedera dalam kejadian itu
Kejadian berlaku kira-kira 7.30 malam waktu tempatan dan punca sebenar letupan masih disiasat.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati tiada bukti menunjukkan kejadian berpuca daripada perbuatan khianat.
Dua buah bas turut mengalami kerosakan akibat kejadian itu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!