Sabah benarkan 'dine in' bermula Selasa
KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah membenarkan beberapa aktiviti sosial dan ekonomi beroperasi semula bermula Selasa.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri akan melaksanakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) fasa pertama bermula Selasa.
Bagaimanapun, Hajiji berkata, PPN itu dilaksanakan dengan mengekalkan sebahagian besar proosedur (SOP) Sabah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
"Beberapa aktiviti sosial dan ekonomi dibenarkan beroperasi antaranya 'dine-in' di restoran, kedai makan dan restoran dalam premis hotel, membuka gerai menjual sayur, ikan dan buah-buahan di tepi jalan raya dan kedai gunting rambut.
"Aktiviti sukan dan rekreasi tidak bersentuhan fizikal seperti senaman, golf, memancing dan berbasikal dibenarkan selain aktiviti pembuatan dan perkilangan diperluaskan kepada getah, simen dan cat, kilang berasaskan kayu dan perabot," katanya melalui kenyataan pada Isnin.
Katanya lagi, perincian berhubung SOP bagi negeri Sabah akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!