Tapak pembinaan di Nilai diarah tutup serta-merta

Sebuah tapak pembinaan di Nilai diarah tutup serta-merta.
Sebuah tapak pembinaan di Nilai diarah tutup serta-merta.
A
A
A

SEREMBAN - Sebuah tapak pembinaan di Nilai diarah tutup serta-merta dalam operasi Pemeriksaan Penguatkuasaan Sektor Pembinaan di bawah Akta 342 di sekitar daerah ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan di Facebooknya pada Isnin, pihaknya bersama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Negeri Sembilan telah membuat pemeriksaan di tapak pembinaan pada Sabtu.

Menurut kenyataan itu, hasil pemeriksaan satu arahan penutupan tapak secara serta-merta telah dikenakan ke atas syarikat kerana menjalankan skop kerja yang bercanggah dengan kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

"Pemilik syarikat itu juga tiada kelulusan pembangunan penginapan pekerja di tapak bina dari JTK (Jabatan Tenaga Kerja) atau PBT (Pihak berkuasa tempatan) selain gagal mematuhi kapasiti 60 peratus pekerja seperti yang ditetapka SOP PKP (Prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan) fasa pertama," kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, pemeriksaan akan terus dilaksanakan dari masa ke masa bagi memastikan SOP PKP fasa pertama yang dikuatkuasakan sentiasa dipatuhi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!