Zon hijau perlu diberi kelonggaran

Mohd Hayati ketika melakukan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Latihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (PLAK) pada Isnin.
Mohd Hayati ketika melakukan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Latihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (PLAK) pada Isnin.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Kerajaan diminta memberi kelonggaran kepada negeri atau daerah yang berada di zon hijau untuk melakukan aktiviti seharian tanpa perlu dikekalkan dalam fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, kelonggaran wajar diberikan bagi membolehkan penduduk meneruskan aktiviti harian dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Menurutnya, kelonggaran itu dilihat akan memberi kebaikan kepada rakyat yang berjaya mematuhi SOP sehingga penularan Covid-19 di kawasan mereka berkurangan.

"Memang ini yang saya nak nyatakan sebelum ini dan berharap Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor pula akan suarakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) selepas ini.

"Perkara yang baik tiada masalah, seperti negeri yang berada di zon hijau dan tiada kes yang banyak, mereka boleh bagi kelonggaran tetapi setakat ini kerajaan sudah buat keputusan, kita tengok lepas ini bagaimana," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa melakukan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Latihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (PLAK) di sini pada Isnin.

Pada Ahad, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan fasa pertama Kawalan Pergerakan bawah PPN yang dijadual berakhir hari ini (Isnin) tidak akan ditamatkan malah akan diteruskan sehingga pertengahan Julai ini.

Beliau berkata, fasa pertama itu akan dilanjutkan memandangkan jumlah kes Covid-19 di negara ini belum mencapai nilai ambang di bawah 4,000 kes seperti yang ditetapkan sebelum dapat beralih ke fasa seterusnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!