Pemberian khas BKC RM4.6 bilion kepada lebih 11 juta isu rumah, individu

Muhyiddin
Muhyiddin
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan hari ini mengumumkan Pemberian Bantuan Khas Covid-19 (BKC) mengikut beberapa kadar dan kategori.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemberian khas BKC itu dijangka memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu, warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 bilion

Beliau berkata, pertamanya isi rumah kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada Ogos dan November dan RM300 pada Disember.

“Individu bujang kategori miskin tegar pula akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan November,” katanya ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) yang disiarkan secara langsung pada Isnin.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!