PSU 4.0 tidak tetapkan syarat had gaji kepada pekerja: Muhyiddin

Muhyiddin pada pengumuman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) yang disiarkan secara langsung melalui stesen televisyen tempatan, hari ini. -Foto Bernama
Muhyiddin pada pengumuman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) yang disiarkan secara langsung melalui stesen televisyen tempatan, hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Program Subsidi Upah (PSU) 4.0 tidak lagi menetapkan syarat had gaji kepada pekerja, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, ia bermakna majikan boleh memohon PSU 4.0 bagi pekerjanya yang bergaji lebih daripada RM4,000.

“Melalui inisiatif PSU 4.0, kerajaan akan menampung sehingga 500 pekerja bagi setiap majikan dengan kadar sebanyak RM600 setiap pekerja selama tempoh empat bulan.

“Ia membabit dua bulan bagi semua sektor dalam fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN), dan dua bulan seterusnya khusus bagi sektor-sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif semasa tempoh fasa ketiga nanti,” katanya semasa mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) yang disiarkan secara langsung pada Isnin.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, kerajaan telahpun membelanjakan lebih RM15 bilion bagi membantu majikan membayar gaji kepada sekitar 2.7 juta pekerja sejak PSU diperkenalkan.

“Memandangkan respon positif berhubung program ini, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PSU 4.0 dengan peruntukan sebanyak RM3.8 bilion yang dijangka bakal memanfaatkan lebih 2.5 juta pekerja,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!