Stor musnah sekelip mata

Stor penyimpanan barangan kelengkapan bilik tidur musnah dalam kebakaran pagi tadi.
Stor penyimpanan barangan kelengkapan bilik tidur musnah dalam kebakaran pagi tadi.
A
A
A

SABAK BERNAM - Seorang pengusaha pasaraya terkedu melihat stor penyimpanan barangan kelengkapan bilik tidur yang disewa di Jalan Mutiara Satu, di sini musnah dalam kebakaran pada jam 3.40 pagi, tadi.

Menurut mangsa yang enggan dikenali, dia berada di rumah sebelum dimaklumkan rakannya mengenai stor simpanan bantal, toto, tuala mandi dan perkakas lain musnah dalam kebakaran terbabit.

"Masa dimaklumkan, saya terkedu dah tak boleh kata apa-apa. Nasib baiklah tiada orang cedera dalam kebakaran tu. Saya hanya mampu terduduk selepas dapat berita sedih tu.

"Lagi terkilan, semua barang baru sampai tiga hari lalu dan belum sempat dibawa keluar untuk dijual," katanya yang menganggarkan kerugian hampir RM200,000.

Dalam kejadian sama, sebuah motosikal jenis Honda yang diletakkan di hadapan premis itu turut musnah 70 peratus.

Sebahagian barangan yang masih baik dikeringkan di hadapan premis terbabit.
Sebahagian barangan yang masih baik dikeringkan di hadapan premis terbabit.

Sementara, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sabak Bernam, Penolong Penguasa Bomba Mohd Saufi Zakaria berkata, sepasukan 10 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 3.51 pagi.

Artikel Berkaitan:

"Tiba di lokasi, siasatan awal mendapati 40 peratus ruangan stor terbakar dan api berjaya dikawal dalam tempoh sejam kemudian dan operasi ditamatkan jam 5.40 pagi.

"Tiada kemalangan jiwa dan punca kebakaran serta kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!