Rumah bot kini hospital medan di Yala

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

YALA - Pihak berkuasa Thailand menjadikan rumah bot sebagai hospital medan untuk menempatkan pesakit Covid-19 berikutan lonjakan kes Covid-19 di Yala, selatan Thailand.

Pengarah Hospital Than To, Dr Mazlan Talib berkata, peningkatan kes Covid-19 di Yala telah menyebabkan kekurangan katil di hospital itu dan hospital-hospital berdekatan.

Beliau berkata, Hospital Than To menyewa dua bot pelancongan di Empangan Bang Lang di Yala untuk menempat pesakit Covid-19 yang sembuh dan perlu menjalani pemerhatian di hospital.

“Sebuah rumah bot boleh menempatkan 20 katil untuk pesakit Covid-19 yang perlu menjalani pemerhatian selama tujuh hari,” katanya kepada Bernama.

Dr Mazlan berkata, kemudahan asas dan pegawai perubatan turut ditempatkan di rumah bot untuk mematau kesihatan pesakit Covid-19. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!