Twitter Najwan dihujani kata-kata semangat
SHAH ALAM - Twitter bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Najwan Halimi dibanjiri kata-kata semangat daripada pengikutnya sejak Isnin.
Ia susulan namanya digugurkan daripada jawatan itu berkuat kuasa serta-merta pada Isnin.
Najwan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik menerusi akaun Twitternya merakamkan ucapan terima kasih di atas kata semangat diberikan.
Pada masa sama, dia memaklumkan dirinya berada dalam keadaan baik serta akan meneruskan tugasnya sebagai ADUN dan Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti biasa.
ARTIKEL BERKAITAN: Ketua AMK Selangor digugurkan serta-merta
"Terima kasih atas kata-kata semangat. Jangan risau, saya tetap dengan PKR dan akan terus beri khidmat kepada rakyat serta bantu kukuhkan parti khususnya di Selangor," katanya menerusi ciapan di Twitternya.
Pada Isnin, Najwan mengesahkan namanya digugurkan sebagai Ketua AMK Selangor melalui surat pemecatan diterima daripada Setiausaha AMK Malaysia, Ahmad Syukri Che Ab Razak sekitar jam 11 pagi pada Isnin.
Pemecatan itu disebabkan rombakan semula struktur organisasi AMK Selangor dan perlu dibuat pemilihan serta jawatankuasa negeri baharu.
Stay strong yb @NajwanHalimi
— Saiful Hakim Razali (@Hakiem313) June 29, 2021
Teruskan perjuangan mu.
Semoga istiqomah. https://t.co/sSppLFW6it
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!