Sidang Parlimen akan berlangsung dalam masa terdekat

Mohd Rashid bercakap kepada pemberita selepas selesai sembah menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Selasa.
Mohd Rashid bercakap kepada pemberita selepas selesai sembah menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon mengesahkan bahawa sidang Parlimen akan berlangsung dalam masa terdekat.

Ketetapan itu hasil sembah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa.

"Terima kasih atas keprihatinan dan kita hargai kuasa Yang di-Pertuan Agong semasa darurat ini.

"Insya-ALLAH, apa yang dicadang dan dititahkan oleh Al-Sultan Abdullah, juga melalui nasihat Perdana Menteri untuk membuka Parlimen, kita akan jumpa tidak lama lagi melalui kaedah biasa atau hibrid," katanya ketika ditemui pemberita selepas beliau selesai sembah menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Selasa.

Mohd Rashid mengesahkan pertemuan bersama Al-Sultan Abdullah turut disertai Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim; Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun; Timbalan Speaker Dewan Negara, Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Kelima-lima mereka selesai menghadap selepas pertemuan selama satu jam bermula pukul 12 tengah hari.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!