Perancis sia-siakan kelebihan tiga gol

Pemain Perancis kecewa apabila pasukannya tewas kepada Switzerland pada aksi kalah mati Euro 2020. - Foto EPA
Pemain Perancis kecewa apabila pasukannya tewas kepada Switzerland pada aksi kalah mati Euro 2020. - Foto EPA
A
A
A

PENGENDALI Perancis, Didier Deschamps menegaskan skuad kendaliannya itu tewas apabila dilihat mensia-siakan kelebihan tiga gol setelah bangkit daripada ketinggalan 0-1 kepada Switzerland pada aksi kalah mati Euro 2020 di National Arena, Bucharest pada Selasa.

Menurut Deschamps, kegagalan berkenaan menjadikan Perancis berjaya diikat 3-3 oleh Switzerland bagi mengheret perlawanan ke masa tambahan dan seterusnya ke penentuan sepakan penalti.

“Kita berjaya bangkit setelah ketinggalan 0-1 dengan tiga gol. Tetapi kelebihan itu gagal dipertahankan dan menyaksikan Switzerland menjaringkan dua gol bagi menyamakan kedudukan.

“Sekali gus, kami telah mempamerkan kelemahan kami yang jarang kami lakukan sebelum ini. Sesuatu yang tidak pernah kami lakukan,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, Switzerland menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-15 menerusi penyerang Haris Seferovic, sebelum Karim Benzima menjaringkan gol pada minit ke-57, 59 dan Paul Pogba meledak gol ketiga pada minit ke-75.

Bagaimanapun, Seferovic berjaya merapatkan jurang gol pada minit ke-81 sebelum pemain gantian, Mario Gavranovic menyamakan kedudukan menerusi gol ketiga pada masa kecederaan dan mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Kedua-dua pasukan dilihat buntu untuk menjaringkan gol pada masa tambahan dan menyaksikan perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti yang menyaksikan sepakan kelima Les Bleus oleh Kylian Mbappe di selamatkan penjaga gol, Yaan Sommer untuk mengesahkan kemenangan skuad The Red Crosses itu.

Sementara itu, Deschamps tetap mempertahankan kegagalan Mbpappe menyempurnakan sepakan penalti berkenaan dan menyifatkan perkara sedemikian sering berlaku dalam bola sepak.

Artikel Berkaitan:

Katanya, secara keseluruhan, Mbpappe tetap seorang pemain yang baik dan banyak membantu kejayaan pasukan selama ini.

“Dia Mbappe juga pastinya bersedih ketika ini. Tetapi kita tidak boleh menyalahkan dirinya atas kegagalannya itu kerana dia telah pun bersedia untuk memikul tanggungjawab berkenaan (mengambil sepakan penalti) dan ia juga adakah sepakan kelima buat pasukan.

“Apa pun, tewas menerusi penentuan sepakan penalti sememangnya ‘kejam’ dan merupakan insiden yang tidak mahu ditempuhi oleh mana-mana pasukan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!